IDEA BESAR, SAINTIS KECIL: CABARAN CELIK STEM 2025!
Pertandingan Celik STEM merupakan inisiatif nasional untuk murid berumur 9 dan 10 tahun bagi memperkasa pemikiran saintifik, kreativiti, dan literasi teknologi serta kewangan sejak usia muda. Pertandingan ini memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan kefahaman mereka melalui aktiviti berasaskan projek, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, serta menyemai minat awal terhadap kerjaya masa depan berasaskan teknologi dan inovasi. Inisiatif ini juga menyokong aspirasi pendidikan negara dalam membudayakan STEM, sambil menggalakkan pembelajaran aktif yang melibatkan guru, sekolah dan komuniti secara menyeluruh.